Wednesday, February 29, 2012

Cerita dah basi.Saya suka makan nasi.ha Pantun

"Gila power awek-awek ni -dalam hati" Ini Project Runaway

Rasa macam artis plak *muntah



Rokes.Kau ada? hahaha.macam gampang je edit


Petang tu.Lelaki ituu.Amende caption kau ni.

Oklah.Aku dah buncit.

So what?

*menangis dalam hati

Hari yang 'rare'

Google harini.

 A Leap Year consists of 366 days where February 29 is
added as an extra day at the end of February

4 tahun sekali.

Ni kalau kahwin tarikh ni.Anniversary setiap 4 tahun.

"Jimat duit abang yang,tak payah sambut tiap-tiap tahun"

LOL

Tuesday, February 28, 2012

Isu isu terbaru


image googled
Lynas,

Wujudnya kilang Australia ni kat Malaysia adalah daripada hasil sikap TAMAK pemimpin.Macam mana Australia yang 23 kali lebih besar daripada Malaysia sendiri tak nak bina kat tempat diorang.

Tak tak,jangan kata kau tak ambil tahu,dan tak nak ambil tahu hal-hal membabitkan negara.

If tak tahu,banyakkan membaca.Bukan baca Mangga atau Utusan.Bukan.

baca dari sumber yang betul.Bukan akhbar kaki bodek.Atau dari statement pengampu-pengampun jam 8.00malam kat TV tu.Bukan dik.

Ingat,

Ini soal generasi akan datang.



Rare earth yang dimaksudkan banyak datang dari produk yang kita minati.
Ini yang kau namakan sebagai Pejuang Agama? Bangsa?

Kamon.Stop Insulting Our Intelligence

 


Monday, February 27, 2012

Wowee

Lagi .Upside down Gila

.Ada sebulan 2 kali balik rumah ni kang.ha.

Sabtu saya

Tahu tak sabtu lalu saya ke sini.Saya memang suka aktiviti macam ni.Lebih baik dari melepak di Shopping Mall berpegangan tangan.Disini,saya lebih rasa enjoy.

Ada macam-macam aktiviti.Tapi yang paling best.Lepak atas tikar bersila sambil tengok Indie perform.MC pulak layan pakai kain pelikat.Lagilaaahh sempoi.

Oh,saya bawak kawan saya.Passion dia photography.Dia ada DSLR.Macam saya mana ada.Tapi mata saya fokus lebih tepat dari DSLR.If you know what i mean.tehee

Sesampai je kat Galeri Shah Alam.Saya tengok riak wajah dia.Suka,teruja.sampai dia terlepas cakap."Aku rasa best lah".Saya tersenyum dalam hati.Hati mana boleh senyum.Perasaan boleh lah

.Al maklum,dia pertama kali jejak kaki kat event macam ni.

Pastu dengar kata malam yang sama ada event Maskara kat Rumah Pena Kolumpo.Maskara ni,yang saya tahu dia tentang short film.Filem - filem pendek.Tapi memandangkan Shah Alam dan Kolumpo tempat yang berbeza,saya tidaklah ke sana pun.Aduhai.

Antara aktiviti yang ada kat sana.
- Photography Talk
-Project Runaway(best sebab makwe makwe superb,meow)
-Jual-jualan Tshirt,makanan etc
-Band performance - saya minat yang ni.Awak tak minat dahlah.blueek
- Pameran

Next Event .I'll be there.

Hello orang kampung.*wave





Ok saya mengantuk sebenarnya.

"Bos,half day can oh?"
"What half pay?"
"Hehe.kidding lah bos"

Saturday, February 18, 2012

Kawan Kawin

kenapa kalau kita berkawan,kita tak semestinya akan berkahwin dengannya.

kenapa kalau kita kahwin.tak semestinya kita akan kahwin dengan kawan kita,

ayat pusing.LOL

Ia soal jodoh.Bukan kawan,kawin et cetera.

Ok,kawan kita dah kawin.



Selamat Pengantin baru.

Yabedabeduu.

Friday, February 17, 2012

Aku rasa aku seorang yang garang

Ni aku terjumpa bila godek godek emel rasmi  aku. Emel aku kepada syarikat kurier yang lambat hantar barang aku.In return,diorang nak bagi ganti rugi.Tapi sebagai seorang lelaki yang Professional*muntah,,aku tidak apakan saja.Tapi sempat juga bergurau,how bout dinner for two? .

Garang juga bila dibaca semula.Mahunya tidak.lam alif bat = lambat(bagus jawi aku kan)

Walhal realitinya,


Kemain..........ko jah.

dah dah.Task banyak.

Salam Jumaat kepada HERO-HERO sekalian.Lelaki yang paling Macho,adalah lelaki yang turun jemaah,dan duduk di barisan depan.Ececeh.

*Sorry for my bad Inglish.Me speak Inglish cannot.LOL

Wednesday, February 15, 2012

Tersengguk-sengguk harini.Bertemankan secawan Nes-O.sekarang kena jaga kesihatan.Minum dan makan semua O dan O saja.*bajet.

...

Semua orang deserve untuk hidup bahagia kan.Ececeh. *hirup air

Alrait.dah hampir lunch hour.

Selamat makan nasik.

Kurangkan baca gosip,banyakkan makan nasik.ambooii pantun

Tuesday, February 14, 2012

The Grey


Jadi bila kau tak tahu apa nak buat hujung minggu,menonton wayang kulit adalah jalan terbaik.Lebih-lebih lagi bila tengok Midnight.Lagi baik bila tengok dengan makwe.Itupun kalau adalah.Kalau takde,diam.Ok.

The Grey.

Yang buat aku dan rakan-rakan nak tengok cerita ni sebab.
1 . Cerita menarik macam takde je masa tu.
2.  Stok cerita midnight tak banyak.Kamon TGV!
3.  Liam Neeson
4.  Suka ah.sibuk pehal!.haha.Ok emosi.

Kalau pernah tengok A-Team,kau tahu siapa Liam Neeson ni.Aku suspek suara dia digunakan dalam suara latar cerita Transformer.*bunyi transformer*tiba tiba

Mengisahkan sekumpulan orang yang masih survive walaupun kapal terbang yang mereka naiki terhempas di Alaska.Di tengah kawasan Serigala yang kelaparan dan salji yang dahsyat.Terkejut akak.Ok takpayahlaah camtu sekali.

Jadi mereka sekarang diancam serigala itu.Pergi dari situ.Masuk ke hutan.Tapi silap percaturan.Apakah yang berlaku seterusnya.

Saksikan di pawagam berdekatan dengan anda.Macam iklan.

Dan serigala yang mengetuai kawanan itu di panggil Alpha.

Dan aku.Lelaki Alpha.

Bluekk.*muntah hijau.

Okbye.

Adele dan Lelaki Separa Wanita.


Tahniah kepada Adele menang 6 Anugerah Grammy.Dulu aku sangkakan Adele tu sebutannya Ade-ley.Tapi baru aku tahu sebutannya Adel sahaja.Ok aku kampung.Eh kampung best apa.Dan aku terbaca adele ni umurnya baru 23 tahun.Gila ah.Mati mati aku ingatkan dia 40-an.

Perempuan.Susah nak duga umurnya.Nak duga hatinya senanglah.Ecececeh.

---------

Aku masih belum dapat lupakan kisah aku diusha lelaki lembut minggu lalu.Sungguh.Gerun,rasa nak tampor pun ada.Aku berdiri dalam LRT ,berkongsi besi yang sama dengan seorang lelaki iras-iras Bob Mesra.Alah budak AF ke berapa tah tu.Jadi,aku buatlah muka biasa.

Sampai di hentian yang aku mahu,aku pun perlahan-lahan standby depan pintu.Sebelum aku keluar,ekor mata aku sekilas pandang pada mamat depan aku ni.Mamat ke? *tangan kat bahu.

Boleh pulak dia muncungkan bibir buat isyarat nak cium.

Aku larikan pandangan ke arah lain.Jauh ke depan pintu.Dengar bunyi "sweet.sweet" *bunyi tikus gaya mat rempit usha minah rempit.

Aku melangkah keluar.

Dua perkara aku rasa lepas peristiwa itu.

Rasa hensem sekejap.

Rasa nak tampor laju-laju.

Pengalaman saya.Menarik kan.

kredit. 9GAG

Gambar : Beza muzik zaman dulu dan muzik zaman sekarang.Gampang.

Monday, February 13, 2012

Kerja dan aktiviti hujung minggu lalu

Nak naik bot kat MINES.Papan tanda menunjukkan cara jatuh yang betul.Eh?

RAWR.amboii


90 darjah dari ofis.Ke 180darjah? hantam sajalah 




CNY Anjuran KBS @ Stadium Putra


Macam tajuk karangan pun ye.LOL

Thursday, February 2, 2012

Perkahwinan

Semua rakan-rakan aku sedang menuju ke alam bahagia.Gaya hidup sedikit-sedikit berubah.

Memandangkan memasing pun dah bertunang.Aku dah kurang untuk melepak berjam-jam di kedai mamak

Biar aku fokus kerjaya dan keluarga.

Tapi ada yang cakap aku ni dah nampak macam Fatherly Figure.itupun bila aku dukung anak buah aku yang lasak dan hensem tu.

Tersenyum manis ajelah *manis ke *ok muntah.

Ahh.kata-kata orang.Dibiar lelama senyap.

Aku ada kegilaan yang baru.Kawan tika bosan.Kawan tika sibuk.Kawan penghibur.Ketagih macam heroin


9gag.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...