Friday, December 2, 2011

Saturday, November 26, 2011

Perlu rasa di Kolumpo

Ekceli,yang ni tak halal.tapi aku telah merasanya,jadi toksahlah makan,ye.ehe
TGIF Burger

Meatball IKEA - pernah menimbulkan kontroversi yang ia tidak halal.

Nasi Arab.Seekor ayam dipotong empat,bersama beras panjang-panjang,


Kesimpulannya,makan banyak mana pun.Size badan hat tu jugak.Cerita perjalanan di Kolumpo karang-karang jelah aku post.

Monday, November 21, 2011

Hari-hari dilalui di Kolumpo

JB-Bukit Jalil-Seri Kembangan-PWTC-UTM Semarak-Wangsa Maju-Mid.V-Sentul.

Pavillion,
GSC(immortal)-hampeh punya filem.ganas sangat sampai aku nak tengok pun mata ditutup2 dengan tangan.

IKEA,
Usha barang ,kawan baru lepas kahwin.aie,best pulak tengok orang dah kahwin ni.haha.

Curve,
Singgah lepak jap.

JB semula.

Penat.Tapi penat yang puas.

Tuesday, November 15, 2011

Kolumpo

Lama tak pegi Kolumpo ni.hujung minggu.

UTM Semarak.jumpa sana.

Sunday, November 13, 2011

Nak main badminton,tapi takde kawan.*kuis kaki kat tanah.

haha.

Sunday, November 6, 2011

Thursday, November 3, 2011

Sekali ayat sudah keluar dah

Sebenarnya dalam hidup ini kalau kau tak dapat jadi hebat,asal kau membahagiakan,cukuplah.

Saturday, October 29, 2011

Wednesday, October 26, 2011

Friday, October 14, 2011

Hijrah

Jangan berharap benda yang tak pasti.Usahakan.

Rezeki.Siapa tahu kan.


*senyum

Tuesday, October 11, 2011

Nikah



Ramai yang sedang sibuk dengan urusan pertunangan,perkahwinan dan sebagainya.Benda yang elok,jangan dilengah-lengahkan ye dak? gitu.Tahniah kepada kawan-kawan yang sedang,baru selesai dan bakal.

*senyum

Saturday, October 1, 2011

Hariku

perut kami kecil jgn disangka tak kuat makan.
exercise

makan  balik.

Friday, September 30, 2011

Kuasa dan tugas

Semalam,sebagai seorang brader yang menyokong budaya Mamak-ism.iaitu melepak di kedai mamak aku terjumpa budak cina yang berseluar sekolah lagi.Walaupun masa tu jam lusuh aku menunjukkan sudah jam 2.30petang.Sedang melepak dengan kawan,dia sapa kitorang.Topik perbualan pun bermula.

"Takda sekolah ka lu ini hari?" tanya aku yang sedikit hairan.

"I ponteng,tapi mak dengan apak takde marah,sebab I kerja.bikin aluminium" jawab dia

Welding welding lah ni kerja dia.aluminium pun boleh lah. -dalam hati.

Rancak bercerita,dia cakap itu mak adik(adik dia punya mak) ada bisnes kedai judi komputer.Muai punya bisnes.Lalu bercerita tentang hebatnya Tok Anjang(bak kata Jai KL Gangster) bersekongkol untuk cover line scene judi komputer ni yang membawa kepada bulanan RM5k perlu dibayar kepada Tok Anjang.

Pui!.*meludah dalam hati.cess.Majoriti Tok Anjang bangsa mana? Agama apa? aku cuba mempertikaikan secara senyap.Biar terbuku dalam hati.

"Itu komputer kalau rampas,rosak punya loh" tambah budak tu lagi.

Celaka.Memang celaka.Kalau Tok Anjang ni jenis kaya,aku dah ada jawapannya.

Another

"We are pleased to inform you that we have short-listed your resume and would like to call you for an interview on Saturday 1st October 2011 at 11 am. "
  




  
Email received 9am.Aku baca 2.15pm.KL dengan JB kan dekat *tangan kat bahu .

Sedih!( bak kata Jai KL Gangster)

Thursday, September 29, 2011

"While your qualifications are impressive, we regret that we are unable
to extend an offer to you, as the competition for this position has
been very keen".

- lari masuk bilik hempas diri atas tilam

Monday, September 26, 2011

Quotes

Single and in a relationship are just titles.
Your heart determines your true relationship status.-LP
 Married dengan divorce tu lain cerita.haha 


Whatever Happens Tomorrow, We Have Today, Always Remember

Sunday, September 25, 2011

Bahagia

3 orang berlainan jawatan belanja aku makan semalam.

Terima Kasih.

Tuesday, September 20, 2011

Minggu terakhir

Ini minggu terakhir.

Minggu terakhir aku lihat senyuman ketua-ketua jabatan,ketua divisyen,leader dan staff yang lain.

Minggu terakhir aku mendengar suara Manager memekik dipagi hari.Lalu tersenyum setelah itu.Best betul manager macam ni.

Minggu terakhir aku dan rakan seJabatan bergurau,bersinis senda

Minggu terakhir aku makan di kantin staff dengan nilai makanan yang cukup murah.

Minggu terakhir aku mengemas ruang jabatan sendiri

Minggu terakhir aku lihat senyuman akak yg berusia 40an,abang-abang yang berusia 30an yang gigih bekerja demi mencari rezeki tambahan untuk keluarga.

Minggu terakhir diusik lelaki lembut ditempat kerja.

Minggu terakhir aku beramah mesra dengan pelanggan dan minggu terakhir untuk segala-galanya berkaitan dunia retailing aku disini.

Minggu terakhir untuk tersenyum melihat Store Manager usha staffnya bekerja.Pandangan bermakna tu.

Berat hati pergi,tapi harus demi mencari masa depan yang lebih baik.Korang memang cool! saluteeeeeee

Monday, September 19, 2011

Rezeki

img credit to watermark dlm pict

"Ibu eh,apain bising-bising aja,itu kan sudah ditetapkan Allah.Dia sudah dapat bahagiannya,nanti kan ada bahagian untuk kita juga."

Entah filem indonesia mana punya dialog.Adalah sipi-sipi macam tu.Cuma yang menarik perhatian aku,isi dan maksud dialognya.

Kita(termasuk aku) sekarang hidup di zaman yang mana memandang seseorang tinggi dengan melihat pada jumlah hartanya berbanding nilai pekerti seseorang.Mengaku sajalah,aku sendiri begitu.Penyakit Wahan(cinta dunia,takut mati) meresapi manusia akhir zaman.KITA semua.

Takpelah.Ada rezki,adalah tu.




Yeah,some things are better left unsaid.

Saturday, September 17, 2011

Wednesday, September 14, 2011

Birthday Pn.Mira

Happy Birthday cinta sampai akhir hayat,Puan Mira.Hadiahnya ada kat Kuching Oktober karang,ye mak.

*senyum

Tuesday, August 30, 2011

Raya pertama


Novel Isabella itu aku berjaya menghabiskan baca keseluruhannya dalam perjalanan pulang dari kg.Kg dekat,balik hari saja.ISABELLA,Mengisahkan Isabella,anak Paderi Sepanyol yang diberikan hidayah oleh Allah SWT.Perbualan dua muslim berkenaan Kristian dicuri dengar oleh Isabella yang sejak itu membuatkan dia rasa ingin tahu tentang Islam yang dikatakan Kafir oleh Kristian.

Menarik.

Cantik kan coster tu? Muahaha.ok.fine.Happy Eid Mubarak

Sunday, August 28, 2011

Yang Penting Niat

Sampul raya utk bawah 18 tahun ke bawah.

"Yang Penting Niat"

:)

Saturday, August 27, 2011

Paso

Ini lah harinya.

2 hari lepas,dapat panggilan dari geng Joho untuk join diorang as a crew untuk event kali ini.Ada meeting esoknya.gadis tu cakap.Tapi aku terpaksa tolak memandangkan esoknya kerja.

Rasa rugi tak dapat join as krew.Tapi takpe,gua support dari jauh.





Monday, August 15, 2011

Ayman Bieber




"Pak Teh,bukak lagu bieber,carikan .."
"lagu yang mane?"
"Neber neber tu,ayman nak latih,teacher suruh,nanti kena menari"

Sekali bagi.tu dia.joget tak ingat.Budak-budak punya pasal,elok layankan ajelah.Nasib baik aku lahir tahun 80-an.takde istilah kiut-kiut bak kata FJ.Mandi parit dan tanah dah sebati.Comot,kotor tapi bila diimbas kembali boleh buat tersenyum..

Takpelah man,asal ayman bahagia Pak Teh pun bahagia.

"Neber say neberrr."

Thursday, August 11, 2011

Ramadhan 11

Aha! Terawih yang ke 7 rasanya aku pergi.Tak dapat nak full memandangkan kerja shift petang.So,hari ni cuti.Dapatlah menambah bilangan terawih.Aku tak buat penuh.Cukup sekadar 8 rakaat.Sunnah hokey.Hari demi hari jumlah masyarakat  islam sekitar dalam masjid semakin menyusut.

*usap dagu.*berfikir.

Lambakan bazar Ramadhan benar-benar meruntun nafsu untuk membeli dan seterusnya belah.Semalam bila berpeluang keluar sebentar dengan izin supervisor,aku sangat terharu.Mahu dia,tengah kerja suka-suka pergi bazar.

"Awak kalau nak pergi bazar,pergilah."
"Eh,boleh ke?.Tengah kerja ni"
"Takpe,saya tolong kaver kan awak"
"hehehe." *budak baru kena behave(dalam hati) *teruja

Menu utama.Air katira.Takde,tak true.
pinjam gambar internet

Serius

Kalau tak kenal memang nampak macam serius.


dah kenal. -.-'


Baru ada life!. wehoo.

*Entry takde idea.

Tuesday, August 2, 2011

Ramadhan

Bulan mulia menjengah lagi.Apa yang bermain difikiran aku,aku cuma berharap ini akan jadi ramadhan yang lebih baik daripada yang lalu.Insyaallah.

Baru hari ke 2 berpuasa,sudah kedengaran bunyi mercun roket.Woho! err.over pulak.ya,letupan sana sini.Mana diorang ni rembat aku pun tidaklah tahu.Puasa entah ye entah tidak tu.Kerja level yang aku lalui sekarang kena banyak bersabar.Bukan dari segi emosi.Tidak langsung.Tapi dari segi ketahanan fizikal,ketajaman fikiran dan kecekapan.

Memang betul-betul puasa.

Fuh.

Rasa mahu berhijrah.Luar negara? Mungkin.

Thursday, July 28, 2011

Sijil Pelajaran Malaysia

Untuk sementara waktu,aku hanya menggunakan sijil ini sebagai pemudah cara untuk mendapatkan kerja.Hari ini mintak,hari ini dapat.hebat bukan aura SPM?

*sengih

Ketepikan sijil berharga buat sementara waktu.Biarlah,tak apa.Bak kata Abah,biar sikit asal istiqomah.Acewah.

Bermulanya kerjaya disini,aku jadi skema badut.Senyum sajalah,almaklum orang baru.Bagi senyuman kepada gadis-gadis lepasan SPM juga,aku kemaskan senyuman lebih kepada senyuman rakan sekerja.

*gelak kecil.

Walaupun bekerja disini dengan pendapatan yang superb minima,tapi banyak perkara yang aku perlahan-lahan pelajari disini.Cara komunikasi berkesan,kerja berpasukan dan paling utama,MENEPATI MASA.

Ya,masa.langsung tidak boleh lewat walaupun seminit.Wah,betul betul menduga.Tapi dah biasa.Yang menariknya,aku "kagum" dengan sikap sesetengah perempuan.Ya,tegaskan sesetengah itu.

Yelah,masuk saja bekerja,memandangkan tanpa misai dan janggut kelihatan sedikit muda.Ok,banyak muda.Soalan utama yang menerjah aku,Usia.

"Umur awak berapa?"
"2X "
"Oh.."

Diam dan berlalu.

Situasi lain.

"Panggil saja saya akak err..umur awak berapa?"
"2X"
"Oh takpe."

Diam dan berlalu.

Pantang,berusia sedikit even bulan nak dipanggil Akak.Aku lebih 5 & 6 tahun dari korang takde pulak terhegeh-hegeh nak suruh dipanggil Abang.Hairan,tapi itulah,ini antara sikap perempuan yang aku perhatikan sekian lama.Tak semua,kebanyakan.

Apapun,itu bukan isu besar.Perkara biasa.Seronok berkursus dan mengenali "kepala layan" masing-masing.Ini baru namanya kerja dan kehidupan.Maksud aku,bekerja sambil hidup,bukan kerja semata-mata kerja dan gaji.

Jadi puasa hampir menjelang beberapa hari saja lagi kan?

SELAMAT BERPUASA DAN MENUNAIKAN IBADAH SEBANYAK JUTA JUTA PAHALA.

Moh ler kiter
Yusuf Taiyobbb *hembus nafas

Tamat

Thursday, July 14, 2011

This is temporary,I'll be back

When some words are better left unsaid, there is MUSIC to answer what are unexpressed

Monday, July 11, 2011

Plague of Happiness
















Full Pledge of Munkee dari negara seberang tambak

Pameran



Art

Ni namanya menghayati.


img credit :Shahril & din

GEGO yang berlangsung di Bukit Timbalan minggu lalu sangat menarik.Ini Fynn Jamal.blogger-blogger yang tak kenal samada tidak ambil peduli atau baru berjinak-jinak dengan dunia blog.Imej lain akan dihaplod akan datang memandangkan ketidaktransferan(rosak bahasa) lagi gambar.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...