Monday, February 28, 2011

Memori

Chillex
Contractors
Keretas.tambah s tanda lebih dari satu.
selipor."Hidup umpama butir-butir pasir,berubah dihempas ombak".ececeh.bajet photography sangat
joran dan pancing
Pasir putih tepi pantai.Ombak laut.eh menyanyi pulak
Massage dulu sebelum tengok Kak Limah.ce cite ce cite

Karaoke versi murah.Test suara konon nak masuk MI

I love this fucking game.Bowling

menunggu

mengeteh bergambar dengan mereka



Memori satu perkara yang telah berlalu diimbas kembali.Ada yang pahit.Ada juga yang manis.Jadi ingat yang manis manis ajelah.

:)

Sunday, February 27, 2011

Wayang 2

i am number 4
Jalan cerita menarik.Aksi dan dialog yang agak lucu.

Macam biasa,cerita barat suka untuk meletakkan dalam minda manusia seolah-olah makhluk asing itu wujud.Dan dialog yang paling biasa dalam kebanyakan  filem kebelakangan ini disebut-sebut.

"World New Order"

rate 4.0/5

Saturday, February 26, 2011

Gitar

Gitar
Aku ada kawan,yang mahir bermain gitar sejak berusia 13 tahun.Namanya,Najib.Pergaulan dengan rakan yang jauh lebih dewasa ,aku rasa membuatkan dia sendiri kelihatan dewasa.Manakan tidak,di usia 13 tahun,rakan-rakannya terdiri daripada mereka yang berusia 17 tahun.Najib hebat bermain gitar dan menyanyi.

Najib mendendangkan lagu "Mungkinkah Terjadi" oleh kumpulan Spider.Bagi sesetengah orang.jiwang.Tapi dia menyanyikan dengan baik sekali.hinggakan dia menjadi antara yang terpopular dikalangan rakan sekolah.

Dan dikalangan rakan-rakan perempuan terutamanya.

.Aku masih ingat lagi antara kata-kata dia kepada aku.
Jejari

"Jari kau ni jenis panjang-panjang,kalau main gitar.mesti power"

Aku tersengih.Tapi tersengih tanpa usaha untuk belajar,takkan mahir punya.

Kesimpulannya,walaupun dah bertahun-tahun aku memiliki gitar,dan kononnya memenuhi kriteria Najib sebagai syarat bermain gitar dengan power,aku tetap belum pandai.

faol-lah.

........

Tapi sekurang-kurangnya aku tahu kod G dan C,grenggg.

huff!.

Monday, February 21, 2011

Halal

'Mabuk' halal
Non Alcoholic MALT BEVERAGE.

didatangkan khas dari Arab ."Eh sekali Arab da."

Wayang

Aku berkesempatan untuk menonton wayang hari ini.er,maksud aku semalam memandangkan jam sudah 2.28 pagi.Perancangan yang mudah.Rancang,pergi.Ye,aku suka cara ini.

Jadi wayang ini banyak pula cerita yang ada .Tapi ini adalah yang terbaru dan best.kot.Cerita yang dipilih pasti cerita aksi yang mencelikkan mata.Ok,aksi ada dua.Ini aksi yang tembak-menembak,terbang dsb.

Aku dan si rakan ini memilih.The Mechanic.

Bila bercakap tentang tajuk,terlintas terus dalam fikiran cerita tentang seorang Mekanik yang mungkin akan ada aksi aksi stunt menarik.DASYHAT!. Tapi andaian hanyalah andaian,ia berkisarkan seorang pembunuh upahan yang sangat extreme,hebat bermain senjata dan lasak.Terperangkap dalam permainan orang yang mengupahnya untuk membunuh sendiri mentor dia dalam kerjaya tersebut oleh salah seorang rakan mentornya.Menarik,aku bagi 4/5 bintang.Lagi satu bintang aku simpan supaya boleh digunakan untuk rate filem lain.


Sanctum

The Mechanic

No Strigs Attached
Ashton Kutcher dan Natalie Portman.Tidak digalakkan bagi dewasa belasan tahun.Betul,sebab aku dah tengok.hehe

Lokasi

Sunday, February 20, 2011

Hati

Hati sering dikaitkan dengan cinta.kenapa? Kenapa bukan organ badan yang lain.

Aku tiada jawapannya.

Aku cuma nak ulas sikitlah perkara yang biasanya ramai orang suka untuk bincangkan ini.Oh,siapa yang tidak pernah merasa sayang,bukan? melainkan kau baru usia sekolah rendah,jangan nak memandai!

Cara terbaik untuk lihat respon kawan-kawan,cuba postkan tentang isu hati.quotes.atau kata-kata pujaan Malaya pujangga.Aku yakin 120%,pasti ada respon.Lalu mereka akan beri pendapat masing-masing.Hebat.
Hebat anak muda sekarang.Terdedah dengan isu semasa.cuba kau post isu politik,aku yakin juga ah yakin aje lu brader, pasti akan ada yang beri respon.

"Tak perlu ambil tahulah"
"Biarlah diorang,cakap lebih kena ISA doh"
"Oh tidak tidak,kau tanya tentang muzik aku layan"

Adakah hidup ini hanya untuk kita-kita aje.Hidup hanya perlu dibuai perasaan hati,cinta,leb leb

Oh,kamon,masa depan generasi akan datang letaknya pada generasi kini.Ye,aku kau mereka semua.Mungkin ada perkataan "TANGGUNGJAWAB" atau "MASA DEPAN" pada setiap bahu anak anak muda sekarang.

Ok,aku cuma beri pendapat.Yang lain terpulang.Masing-masing.

Berbalik pada cerita hati tadi.Apa yang aku perhatikan dan berdasarkan pembacaan.Lelaki sifatnya lebih tersirat berbanding wanita.Tersirat yang dimaksudkan bila perkara melibatkan sehari-harian.yang masih kaitannya dengan hati.

Kalau wanita,mudah untuk ekspresikan sayang pada rakan-rakan wanita.Lelaki pula jangan harap.Paling lembut pun akan berbunyi.

"Peh,bro.lu dah tolong gua.Terharu.Ini yang gua sayang sama lu"

dan akan dibalas.

"Ah geli la sial,bersayang-sayang.gaya ke ape"

Tapi dalam hati,mereka bergelar lelaki dan kawan-kawan ini akan faham.Cuma ego itu saja.Ye,lelaki egonya memang lebih tinggi dari wanita.Aku tak nafikan,tapi ego ini yang buat lelaki itu lain dari wanita.Kalau kau jumpa lelaki yang egonya rendah,kebarangkalian lelaki itu bukan lelaki keras.Ah faham sendiri,okey? :)

Lelaki juga tersirat dalam mengekspresikan rasa sayangnya kepada orang-orang yang dia sayang.Mungkin dengan ibu bapa,adik beradik,dan paling biasa.teman istimewa atau isteri.Akan ada waktu waktu yang dia rasa,dia akan luahkan rasa sayang dengan perkataan.Selain itu,lebih kepada perbuatan.Sebab itu kadang-kadang wanita itu dia takkan perasan.Dia anggap biasa dengan apa yang lelaki itu buat.

Bila lelaki itu diam,tidak membalas mesej,tidak angkat call dia akan anggap lelaki itu tidak concern dengan dia
Bila lelaki itu marah,dia akan rasa dia dibenci olehnya lalu mencari perhatian dengan lelaki lain

Sebab hati itu,hati itu tidak cuba untuk memahami.Aku nak tanya,ada ibu-ibu kamu kerap telefon/mesej bapa korang bila dia lewat pulang? Tekankan perkataan KERAP itu. Aku pasti jawapannya tidak.Betul,ada perkara dalam hidup ini kita boleh kaitkan dengan apa yang berlaku pada sekeliling kita.Fahami dan tangani dengan betul.

Ditutup kerana kehadiran buaya.Oh Yeah
Macam gambar diatas ini.sinis bai.sinis.HAHA.seolah-olah kau datang,dan tempat itu ditutup.Sebenarnya,memang ada buaya pun sekitar kawasan itu.

Pendek kata.

Lelaki akan tunjukkan rasa prihatin,sayang lebih kepada perlakuan.Tak semua,tapi mungkin kebanyakan.Aku guna 'mungkin' sebab ia belum pasti tepat.Tapi dari pemerhatian aku.itu lah dia.Dan sebagai perempuan,ada sesetengah perkara kamu kena faham dan..

credit zackzukhairi

Percaya.
;)

:: kalau sayang itu simbolnya love<3,bagaimana pula dengan benci?

Saturday, February 19, 2011

Radiohead

terbaru.

CBS

Ini adalah CarBoot Sales pertama anjuran JOHO yang aku kunjungi tahun lalu


Lokasi

Main Entrance

Suasana dalam.Art

Brader ni memang art.

Aku tabik dengan aktiviti sebegini.Mengeratkan silaturahim disamping dapat membantu meningkatkan minat berniaga pada anak anak muda.

CarBoot Sale.Terbaik.

Friday, February 18, 2011

Cari

rokok elekronik

Ini adalah rokok yang semakin meluas pasarannya.Rokok yang tak berapa nak rokok.Macam mana agaknya  tu.boleh dicharge dan boleh ditambah tambah pula nikotinnya.Ini menarik!.Harga tak usah kata,MURAH wey MURAH.AS$59.93 (RM184.85).[sumber .Kosmo]

J.Depp dalam Tourist dengan rokok elektroniknya
Ada pelbagai rasa.kat Malaysia kat mana agaknya boleh aku jumpa.hmm.

Minat

Bagi segelintir orang,artis Malaysia mungkin bukan dalam senarai minat mereka.Tapi bagi aku,dah alang-alang dilahirkan sebagai Malaysian,tak salah aku meminati kedua-dua jenis artis.Aku cuma boleh katakan,vokal FT ni serius bagus.Ok,ini cuma pendapat peribadi.Opinion is just opinion,

Aku baru terjaga daripada lena.Tidur awal aku hari ini.Aku bermimpi peristiwa yang aneh.

Sebut pasal minat ini,terlalu luas.Mungkin kau meminati artis,pelakon,rakan sebaya dan boleh juga dignakan bila kau meminati Onitsuka,bundle,barangan pemotoran dsb.Semua ini tercetus dengan sendirinya.Tapi minat tak semestinya boleh buat kau rasa terlalu ingin memiliki.Sebab kita sendiri yang kawal tahap minat itu.

Adakalanya,minat yang salah hanya akan menyebabkan kau rasa down.Contoh kalau kau minat sesuatu yang mahal namun kau rasa tidak berkemampuan memandangkan kau masih disara ibu bapa dan PIBG.
Kau rasa down,dan mula bertindak agresif.Mula mencari jalan untuk mendapatkannya.Samada cara baik ataupun cara yang salah.

Dan

Niat itu penting.Adakalanya perkara yang kau inginkan sangat itu kau takkan dapat.Adakalanya ia menjadi sangat mudah.Indah kan perasaan itu.Merasa seronok,terkilan,.Tuhan ciptakan manusia dengan perasaan,nafsu.Jadi bergantung pada diri sendiri bagaimana mahu mengawalnya.

Ah aku merepek pagi ini.*Dah azan

Cara aku,bila perkara yang aku minat dan aku tak mampu untuk dapatkan contohnya Konsert Iron Maiden di Singapura hari itu,Aku cuma mungkin akan minat dari jauh.Ye,dari jauh.No harm.

img credit jie

Tidur baliklah lepas subuh ni.Biar dapat tidur yang sempurna

Thursday, February 17, 2011

Goreng pun sodap.

Sambal Kicap + Pisang goreng = Osem

Nyawa


Kanak kanak & ultraman macam irama & lagu
Kanak-kanak lagi

Bola

Memancing

Merayap waktu malam

Kahwin

Shopping


Dan paling penting seperti biasa,MAKAN. ;)

Wednesday, February 16, 2011

A'eh

A'eh.Ada ke patut?

3 jenis makanan yang kerap menjengah fikiran aku.

Yang PERTAMA.ROTI CANAI.

Roti Canai yang enak hanya akan didapati di kedai kedai yang tidak berhawa dingin,servis yang cepat,layanan mesra tip to the top dimana bila pesanan diminta berulang-ulang kali,riak wajah sang penerima pesanan langsng tidak menonjolkan rasa ingin dibaling dengan selipar,kasut mahupun capal.

Betul,bukan mudah menjadi pelayan.Berat juga kerjaya mereka-mereka ini.Oh,yang dimaksudkan roti canai di tempat berhawa dingin contohnya di bawah.


pernah tunggu 2 keping roti canai 30 minit? Aku pernah.sjkdfhg betul
 Yang KEDUA.OTAK KAU(ai,main kasar).eh silap OTAK OTAK.

Walaupun ada sesetengah orang berfikir yang tidak berbaloi makan double O ini berbanding dengan satay memandangkan harga yang hampir sama,aku tetap berpendapat ia berbaloi.Sekali sekala lah.Tukar selera ape.Yang lebih enak,bila dimakan bersama rakan-rakan karib.Rakan-rakan yang tak pernah buat kau rasa kecewa.Ada bila kau memerlukan.Happy, Bro.
ini Otak-otak,omputeh panggil brain-brain(;p)
YANG KETIGA,TEH TARIK(bukan minuman ke ni?).Aha.aku shortlist kan juga sebagai makanan kerana ia pendamping untuk apa-apa jenis juadah kenduri kendara.
Teh Tarik kau!
Fuh.terliur rasanya.

Kesedapan

Sate.Sumpah sedapppp

digelar Cucuk-cucuk.Terbaik

Oh ini pun sedap SANGAT.nampak pinggan? ya.untuk dibasuh oleh geng-geng rewang

Bukan senang dapat makan berdua dengan Abang sendiri.

yang ini,OHOIII.manis manis enak.
Tahun baru ini,hanya satu daripada jenis jenis makanan diatas aku dah bedal.iaitu,sate.yang lain-lain ni mungkin berada dalam waiting list.kau tunggu.kau tunggu.

Sesungguhnya bila terasing diruang kecil bergema ini,mudah untuk bahagian perut merasa teringinkan sesuatu yang sedap.sesuatu yang bukan rutin.hai,menggegar jiwa lapar sungguh.

Sebut pasal makanan,aku terfikir dalam usia belasan tahun ini(oh yeah?) mudah sungguh tergoda untuk makan makanan yang manis,berlemak,berperwarna dan ber ber yang lain.mungkin tubuh masih kuat.sistem imun badan masih hebat .Tapi aku tahu,makanan-makanan ini lah yang nanti akan membuatkan segala jenis penyakit datang.

Jadi cara yang terbaik,sukan.

Jogging.aku mesti jogging.Nekad.Tekad.

Tidur.

Thursday, February 10, 2011

Gemar

Tangan jenis angkat kayu balak,kayu getah dan sebagainya
Rojak bukan sebarang rojak.rojak sedap makan jangan tak ajak.ey ceyh.
Walaupun menyedari rokok adalah faktor penolakan gadis-gadis Asia kepada jejaka tempatan untuk dijadikan pasangan mereka,aku masih tetap seorang perokok.Kaitan rokok dengan penolakan ini mungkin berpunca daripada bau,asap berbahaya mahupun bahaya kepada kesihatan.

Tapi itu semua tidak sikit pun membuatkan aku gagal dalam memikat mana-mana gadis.Bak kata pepatah,di mana ada rokok,disitu ada asthray-nya.

Yang masih jadi persoalan sekarang ini,KENAPA AKU MASIH BERJAGA??!

Jenis tidur sekejap-sekejap ini bukan pilihan aku.Sebab kesannya bila menjelang subuh. Dia punya menangkap part mata,menjadikan aku seolah-olah Pan Asian.sepet la kiranya.Lingkaran khatulistiwa hitam mengelilingi bumi.

Ah.memang sukar jadi seorang penagih Nescafe tegar.heh

Rojak.

Rojak berkuah kacang seperti gambar diatas memang kegemaran masa menjalani latihan industri.Dia punya sedap,kira boleh order 3-4 kali sekali makan.Tapi aku order satu je.hehe.gila apa makan rojak banyak-banyak.Tapi sekali ngap,memang tak perasan dah abis.Rasa nak marah orang sebelah

"Siapa pulak habiskan rojak aku ni!" .

OK,Sebenarnya aku perlu bangun awal.Memandangkan aku masih berjaga,jadi aku hapdet secara rawak.Nak menulis ni pun perlukan kreativiti.Tapi pepagi buta macam ini kreativiti memang aku tolak tepi. kah kah kah

Selamat Pagi Malaysia.

Wednesday, February 9, 2011

Colour of Eyes

Smart juga warna mata macam ni.kicik-kicik dah pakai 'contact lense' .:P

Lapar.

Sebenarnya makanan barat ni  aku tak berapa 'into' sangat.Lebih-lebih lagi bila melibatkan jumlah kos yang mahal.ape makan sepiring 30 ringgit lebih.Tak bagus tu.

Tapi sekali sekala,orait juga.

Pendek kata,aku lapar nasi sebenarnya pepagi buta ni.

Pergh.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...