Thursday, March 31, 2011

Balik



Aku rindukan rumah,keluarga,kawan-kawan dan orang-orang Jb.Sikit lagi.

Sikit

lagi..

Tuesday, March 29, 2011

Faham



Bila semakin dewasa,semakin faham.Kita hidup bukan sekadar untuk menyayangi.tapi juga disayangi.

belum puas ku temui bak kata Rahmat.Mega.#rock kapak

*senyum.





Monday, March 21, 2011

Badge & Event

kecil,tapi bermakna bagi aku.sebab tak  dapat pergi.Thanks, kawan!

Another big events by JOHO.Dan kali ini juga,aku tak dapat pergi.ergh

Abah

 Lelaki itu,sifatnya tenang,namun tegas dengan anak-anaknya.Dia adalah lelaki yang menjadikan siapa aku sekarang.

Semoga Abah sihat sentiasa,Terima kasih Tuhan sebab berikan aku seorang bapa yang tegas,penyayang.Dia buat aku sedar bahawa dalam hidup ini,jika kita baik dengan orang lain.Maka,baiklah balasan kepada kita.

Selamat hari lahir,Abah.:)

Friday, March 18, 2011

Malay MY vs Malay SG



Memang ada beza.Selain daripada ayat-ayat dalam perbualan seharian.

Cara singaporean memandu di negara ni.

Sucks weyh!.Not All,but MOST!

cilok fb



Tapi awek dalam video ni hot.:D

Thursday, March 17, 2011

Beastly?


beast enough huh?

Add caption
I tak nak cerita banyak harini.I nak tidur.Tapi beastly entah apa.tak best.tapi kira oklah.dialog longgar.penghayatan watak tak seberapa..glup glup glup.

Lost in space.

Wednesday, March 16, 2011

Eat.Love

Aku gembira harini.Apa yang dirancang berjalan dengan baik.Alhamdulillah.Terima kasih kawan-kawan sebab bagi komitmen dengan baik.Bukan selalu dapat berkumpul.Niat aku cuma satu.Untuk mengeratkan lagi persahabatan.

Dari perut,naik ke hati.Bila gembira,hati pun sayangggg.






Sunday, March 13, 2011

Nah

teringat zaman kecil main tikam.tikam kena seronok.tikam tak kena,monyok.
g.i.l.a dah puas merasa,sedap? jangan harap.

Jadi,aku dah hampir 3 hari tanpa rokok ditangan.Rasa segar sedikit.Ini percubaan entah kali keberapa aku pun tak pasti.Tapi yang penting aku cuba.Lagipun niat tu dah ada.Pelan-pelan orang kata.

Oh,aku nak berkongsi satu web yang bagi aku menghiburkan.NAH. Oh ada lagi NAH

***

Saturday, March 12, 2011

Kawan



Kawan-kawan adalah bagaimana aku untuk merehatkan minda,menceriakan diri,menjadi aku disebalik aku dalam sendirian.

 Dan kawan,adalah CERMIN.Aku,adalah dengan siapa aku bersama.

Aku pernah jatuh berulangkali.lalu bangun disambut kawan.

Kawan juga pernah menjatuhkan aku.Kawan jugalah yang buat aku bangun.Bangun untuk lebih menghargai kehidupan ini.Untuk lebih sedar hakikat bahawa hidup ini,kita tidak sendirian.

Terima kasih,kawan.

Friday, March 11, 2011

EarthQuake

img credit : yahoo
Sorang kawan yang study di Gunma,Japan post di fesbuknya mengatakan gempa bumi sedang berlaku disana.Cara penulisan macam panik.Semoga selamat segalanya.Amin

Thursday, March 10, 2011

Letter for Anna

Hey.rasa seronok dengar khabar gembira tadi.So,akan mulakan kehidupan ditempat baru dengan kehidupan baru nanti,ye.Apa-apa pun tahniah.I'm happy for you.Malu je orang yang lebih muda lebih dahulu berjaya.Agak terkejut bila dengar projek yang Anna uruskan itu nilainya ratusan juta.Hebat sungguh.Kalau projek ratusan juta dah biasa,Insyaallah untuk projek yang lebih besar pasti akan diberikanditempat baru tu nanti.

*senyum

Terima kasih sebab rajin juga bertanya khabar.Maaflah,tak dapat nak lakukan perkara yang sama.Anna pun faham kenapa,bukan.Mungkin nasihat-nasihat yang diberi itu,boleh dijadikan 'bekalan' nanti.Hebat kan,orang yang menasihati sendiri belum lagi sempurna ;B.Apapun,selamat berkarier baru :)

Take Care,
S

Monday, March 7, 2011

Life.As We Know It


Baru saja menonton filem tahun lepas.Life As We Know It.Pernah cuba untuk menjalinkan perhubungan cinta.Dan mereka mempunyai kawan yang sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan.Kawan mereka,suami dan isteri mati dalam kemalangan dan anak itu dijaga mereka berdua.

Kematian bapa dan ibu kepada anak itu,menyebabkan mereka berdua ini mendapat hak jagaan anak tersebut.Seperti biasa,Hollywood menghalalkan  lelaki dan perempuan tinggal serumah tanpa apa-apa hubungan.

Membesarkan anak kecil,bagi yang belum berkahwin pasti alami kesukaran.Dan bermulalah cerita sebagai "fake family".Wanita seperti dalam poster ini sebenarnya mencari-cari teman hidupnya.Dan lelaki yang bersama dia,bukan dalam 'fikiran' dia.

Macam biasa,campurtangan orang ketiga membuatkan lelaki diatas ini rasa tersisih,dan dia mengambil jalan untuk keluar dari 'masalah' ini.

1st date ajak naik motor.Holly tolak(dress up dah lawo katakan)
Sam,orang ketiga
Hati ke hati terungkai,lelaki ini berterus terang,sayang pada Holly.
Pergi jauh.Jalan terbaik.hmm
Holly sedar,dia buat mistake.Cari di airport.Tapi tiada.
Lelaki ini kembali.sebab the girl yang didukung.

And yeah,they live happily ever after.

Ada perkara dalam hidup ini,jalan terbaik berterus terang.Walaupun mungkin kesannya tidaklah seperti diharapkan.Cuma biarlah kena pada masanya.ececeh.

4.5/5

Hujung Minggu.



Shopping.Bola.

Relaks. Santai

Saturday, March 5, 2011

Last Night


Ayam Penyet.Sinonim disini.

Semalam menonton Underdog Soldier.

Ada unsur-unsur komedi.Tapi tidaklah terlalu menarik.Pelakon yang tidak berapa dikenali.Random pilih.Aku diberitahu 127Hours tak menarik juga.Sebab itu aku pilih cerita ini Menyesal.itu saja.

Rate 2.5/5

:: Lepas ini sebelum tengok wayang usha dulu preview,rating,thriller dsb.

Thursday, March 3, 2011

CarBoot Sale

Sekali lagi untuk versi bulan Mac!.

Dan aku masih disini.

Selamat berniaga Carbooters.

CarBoot Sale JOHO

MLM

Sorry,aku memang pangkah MLM

Pernah berlaku dulu,aku tinggal menyewa di KL.Sebagai pelajar.Menjadi seorang pelajar tidak langsung membataskan aku untuk keluar bergaul,malah lebih menggalakkan.jadi sejak berjaya,saya dah pakai porsche.

Satu hari,aku diberitahu rakan serumah tentang wujudnya satu "bisnes" yang mana hanya perlu keluar modal,then akan balik modal berjuta-juta.ok tak,tipu.Tapi kira pulangan lumayan.Ah,siapa taknak dengan modal sikit,wang anda akan berganda GANDA GANDA! Apa?.

Sebagai seorang melayu tipikal,jadi amatlah mudah untuk tertarik dengan tawaran sedemikian.Rakan serumah yang lain pakat setuju.Tapi kami ada satu pemikiran dimana,dengar sahaja dulu.Untung nasib makan free!.Student,bab makan sedikit berkira.bab berjoli? tepuk dahi.

Jadi malam itu,kami ke satu restoran mamak.Ye,majulah mamak untuk perniagaan warung-warung atau restoran di Malaysia.Kedai yang menawarkan khidmat terbaik langganan dan teknik pesanan yang memukau.Ok off topic.

Perbincangan kami bermula.Aku rasa dalam dua atau tiga meja dibuka,disambung-sambung.Ramai dok.Budak rumah aku saja mahu dekat lapan orang.Kitorang lepak.order minum.Datang satu brader,bagi salam.Muka ceria.Perbincangan MLM memang mudah di tempat makan,dan diwaktu mlm.ye mlm = MLM.sama.Borak dan borak,brader ini berbual memang hebat.Bicara dia adakalanya tegas,berunsur nasihat,bercerita tentang kemajuan bangsa dan negara,Sampailah satu tahap.

"Sampai bila adik-adik/korang nak mak bapak tanggung?"

Ok,aku sentap.Dalam hati,Jahanamlah sampai bila.Mak bapak kitorang,tahulah diorang.

Tiba tiba...

Handphone brader ni berbunyi. "kring kring *sila masukkan bunyi ringtone lagu-lagu menarik

Dia borak tak sampai 20 saat,dia letak handphone atas meja.Pap.Tu dia,memang canggih handphone brader tu.Tapi canggih zaman tu lah.haha.Aku dan rakan-rakan memandang satu sama lain.Diam

Dia sambung bicara lagi.Pung pang pung pang.bla bla bla.Testimoni dikeluarkan.Gambar-gambar ahli yang dah berjaya dan salinan resit duit yang dapat.Modal RM2K,pulang modal berbelas-belas ribu.

"PEH..."

Kitorang diam.Biar lagi dia bicara.Brader ni cuba memahamkan kitorang aliran duit dan bagaimana ia berkembang,secara logik.Gambar dilukis.lakar sana,lakar sini.

Lama sikit.Brader ni tiba-tiba campak sekepuk duit atas meja.What the.Keping keping RM50,aku tak pasti berapa jumlahnya,tapi yang pasti beribu lah kot.Makin galak dan hebat bicara brader sorang ni.Dia tunjuk kad pelajar pada aku dan kawan-kawan.Lagi KAGUM LAH!.

"Abang masih belajar...bla bla." kata brader ini meyakinkan.

Lama sikit lagi.Brader ni campak kunci BMW.Bapak ah.Kaya juga brader ni.Getus hati aku.Dan banyak lagi kata-kata manis dilontarkan tentang pelaburan itu.Tapi serius,lupa nak tanya,sah ke dari segi agama?.Ah,bila mata dah nampak duit.Halal atau haram,biasanya manusia ini campak tepi.Malam itu,agak lewat kitorang pulang kerumah.Balik terus gelak.Tapi yang pasti.

Semua makan-minum malam itu ditanggung beres.Namapun pelaburan,betul tak brader? HAHA.

Pengajarannya,bila kau didekati oleh orang yang berminat kononnya untuk ajak buat pelaburan,sertai kumpulan yang beli lot-lot bagai,hati hati.Jangan jadi buta hati.Sebab ada kes kenalan aku sendiri.Bila kawan yang promote satu jenis MLM.invest dalam RM10K dan kemudian MLM ni lari.Persahabatan itu habis dan duit bayar tetap bayar.

Duit boleh dicari,nilai persahabatan ingat ada ganti?.

Wednesday, March 2, 2011

Harapan

Terjaga dari lena,scrolling up and down facebook page.Aku terdiam lihat ayat ni

Harapan boleh menghidup dan membunuh. Hati-hati dalam memberi - Wani Ardy.

This is so fucking TRUE!



Layan.

Tuesday, March 1, 2011

Hello March

Adakah lampu-lampu itu akan menyala selamanya?
2 years

From now.I need to 'chase' so many things.And when everything is on my hand.I'll come back to you.

I wont promise,cause promise hurt.Deep hurt.


Yes,i'm just saying.but i meant it.Only if you're still what you're now.

The rest.

I rest my case to God.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...