Saturday, April 30, 2011

Bachelor #1

Aku cuma seorang lelaki semenanjung tipikal.Yang mindanya sudah disogok dengan pelbagai cerita negatif mahupun yang tidak enak berkaitan dengan negeri-negeri disebelah Laut China Selatan ini.Betul,aku hingga kini menyalahkan media sebagai punca aku jadi begitu.Tapi itu aku yang dulu.Aku yang belum menjejakkan kaki dibumi borneo ini.Yang belum rasa indahnya hidup disini.

Melanjutkan pelajaran disini,pada awalnya bukanlah dalam senarai Top 5 pilihan aku.Cuma,aku rasa ada dalam senarai,jika tidak silap pilihan terakhir.Aku tidak pasti bagaimana pilihan dilakukan oleh Kementerian Pendidikan.Mungkin secara rawak.Jika dibandingkan pointer, lebih baik apa yang aku miliki berbanding rakan-rakan di universiti terkemuka di semenanjung.Bukan,bukan mendabik dada.Aku cuma curious.Tapi aku redha,aku anggap barangkali ini rezeki aku dan mungkin Tuhan beri aku peluang untuk lihat dan rasai sendiri bagaimana hidup ditempat yang aku tidak pernah terfikirkan

Aku sempat bekerja di Shah Alam sebelum datang ke sini,Desakan Abah aku untuk aku sambung belajar lagi pada awalnya aku tolak.Lalu Pakcik aku selaku adik kepada Abah aku menelefon aku.Kata-kata keramat dia aku ingat sampai sekarang.

"...ingat dengan gaji RM1K++ itu cukup untuk hidup di KL tu? ,Balik,sambung belajar.Kau lelaki banyak yang kau kena fikirkan..." 

Aku diam,betul juga apa yang dia katakan..Kata-kata seorang Dr. meruntuhkan ego lelaki seperti aku

Maka bermulalah kehidupan aku disini.Aku datang dengan impian.Datang untuk membuktikan pada Abah dan pakcik aku,bahawa aku mampu jadi lelaki yang terbaik.Ternyata,sesampainya aku disini,persepsi semenanjung-borneo yang wujud pada awalnya adalah salah.Mereka sangat baik.ramah.Malah adakalanya aku rasa ada antara mereka yang lebih sopan berbanding rakan-rakan disemenanjung.

Disini.Asimilasi kaum sudah lama wujud.Perkahwinan campur sudah lama ada.Jika kini kita dengan slogan 1Malaysia yang agak baru diwujudkan,di bumi kenyalang ini istilah 1Malaysia itu sudah lama bertapak.Patutlah orang-orang disini cantik-cantik.Serius,campuran Iban-China.Melayu-Melanau dan banyak lagi antara faktor-faktor wujudnya generasi baru ini.

Ah,tersasar rasanya entri ini.

*Senyum.

Berbalik kepada topik asal,Aku perlahan-lahan mengenali rakan sefakulti yang datang daripada berlainan latarbelakang dan negeri.Kehidupan dikampus benar-benar mengajar aku erti perlunya kawan dan kerjasama dalam menyudahkan tugasan yang diberi.

Perkara lucu yang aku masih tidak dapat lupakan,aku ada membuat buku kecil.Kononnya sebagai kamus bahasa.Maksud aku,kamus bahasa sarawak.Memang,bila difikir-fikirkan balik.Tergelak juga jadinya.Maka tiap kali rakan disini berbicara,bila aku dengar perkataan yang tidak aku fahami,aku akan bertanyakan maksudnya.Balik bilik,aku tulis.Sedikit demi sedikit aku belajar tentang bahasa Sarawak.

Awal semester disini,aku rapat dengan beberapa rakan baik semenanjung mahupun Sarawak.Entah kenapa mesti ada istilah semenanjung dan sabah/sarawak.Bukankah kita ini semua rakyat Malaysia.Ah,aku pun tiada jawapannya.

Futsal makanan harian setiap malam,sesudah futsal melepak pula di Warung 2000.Dan kehidupan seterusnya begitu.Hujung minggu pasti Bandaraya Kuching jadi tumpuan,Waterfront,Plaza Satok,Wisma Hopoh,Tun Jugah,Sarawak Plaza,Pelita,McD,KFC,.Aku dan rakan semenanjung yang lain dibawa ke satu tempat yang amat popular dengan kek lapisnya.Kek Lapis Dayang Salhah yang letaknya di Kg Gersik.Aku mula berkenalan dengan pelbagai makanan dan minuman sarawak.Mee Kolok,Laksa Sarawak,Umai,Teh C Special dan banyak lagi.Memandangkan aku asalnya dari selatan tanahair.Makanan pedas adalah satu kebiasaan.Walaupun begitu,aku tidak lah merungut atau apa.Bagi aku,kita kena belajar adaptasi(dan beradab) dimana saja kita berada.Bak kata pepatah.

"Dimana bumi dipijak,disitu langit dijunjung.."

Ini yang aku pelajari semasa aku belajar diploma di KL dahulu.Aku perhatikan rakan-rakan daripada negeri lain ada yang mempertikaikan makanan yang ada di KL itu.Aku tidak faham,kenapa? Perlu ke? Bukan ke lebih baik bersyukur ataupun janganlah terlalu terang-terangan.Menjaga hati kawan itu kan lebih baik .ah perangai,masing masing kan.

Aku akui,aku sering menjadikan library sebagai antara tempat terbaik untuk study pada awal-awal semester aku disini.Tenang,ber-aircond(hehe..) dan kadar kelajuan internet yang belum buka laptop internet dah dapat.Ha sampai begitu punya laju(ok nampak sangat menipunya).Takdelah,maksud aku kiranya sangat laju.

Juga dihiasi dengan indahnya makhluk ciptaan Tuhan.*sengih. Mahu tak semangat nak study selalu,ye dak?.

*senyum.berfikir.
.
.
.
.


*bersambung...

Menikmati movie disaat-saat akhir.Thor.

Puas hati.Sangat berpuas hati.Lepas ni kalau nampak orang kerja kontraktor pegang tukul besi,jangan pandang mudah.Boleh jadi dia adalah Thor versi Malaysia.


haha.Ok,tak kelakar :)

Thursday, April 28, 2011

Ubat

pelbagai

Lebih kurang 3 hari sudah aku demam.Bermula dari hidung berlari(running nose),hinggalah tahap demam menggigil,kepala sakit-sakit dan badan rasa lemah(sesekali orang bujang demam,kritikal juga).Tapi aku tidak menolak untuk menyertai apa-apa aktiviti "outing" bersama rakan-rakan sefakulti.Tinggal beberapa hari saja disini.Aku mahu nikmati apa saja yang terbaik disini.Dan semalam,aktiviti majlis perpisahan rakan sefakulti diadakan dirumah salah seorang rakan disini.

Segalanya berjalan dengan baik.Walaupun aku agak tidak selesa dengan tahap kesihatan diri,tapi aku gagahkan saja diri membantu persiapan majlis tersebut.Bukan selalu dapat berkumpul.Aku masih mampu tersenyum dan membuat rakan-rakan lain tersenyum walaupun hakikatnya sakit yang dialami amatlah sangat.

Jangan dijadikan alasan jika sakit untuk bersifat moody dan marah tidak tentu pasal.Itu hanya nanti akan mengguris perasaan rakan-rakan kamu,mengerti? Ok,tamat nasihat ringkas.

Tuesday, April 26, 2011

Sinar

walaupun matahari itu masih tidak kelihatan,sekurang-kurangnya sinarnya ada.

Sunday, April 24, 2011

Besties

bakal Abah 1
bakal Abah 2.
Bakal Abah 3
2011,seiring dengan usia yang semakin ke paras Abah-abah(daddy-daddy),maka berduyun-duyunlah rakan-rakan sepermainan bakal mendirikan masjid.Oh,gadis kecil itu pun bakal berkahwin tahun ini,kan? dah dekat no plet tu."cebeli.cebeli..."

Friday, April 22, 2011

Good Friday





Rehat-rehatkan diri.Aku baru tengok video ni.Hebat.Heroin Bollywood bergabung dengan hero Tamil.Sivaji The boss!.cecite camne nak download movie ni?.Ok,nak exjem.okey.

Thursday, April 21, 2011

Luahan

warna asal.cantik tak cantik tak.
Facebook semakin popular dikalangan rakyat Malaysia.Dan dikatakan rakyat Malaysia adalah pengguna paling ramai facebook? Tapi yang menjadi trend,ramai dikalangan kita(termasuk aku) menjadikan facebook sebagai alat meluahkan rasa tidak puas hati,marah,suka.Ada juga yang lebih cenderung untuk berkongsi setiap aktiviti yang dilakukan.Hak individu,biarlah.kan?.Cuma,sedarkah mereka tidak semua perkara itu perlu dikongsikan.

Ok,hak individu.biarlah.

Tapi bagi aku...


Tak semua perkara yang kita rasakan,kita perlu luahkan.Tak semua perkara yang kita luahkan itu pula perlu dirasakan orang lain.

Ok,hak individu,biarlah.

Typical Malaysian sungguh!

*gelak

Well


Dalam hidup ini,tak semua perkara akan berkekalan.Pasti akan ada berakhir.Tapi bila perkara yang bermula itu menggembirakan,kita adakalanya sukar untuk menerima hakikat bahawa,ia sedang.beransur perlahan-lahan berlalu ataupun sudah berakhir

Mengenali seseorang yang baru antara contohnya.Aku akui,aku bukanlah lelaki yang dapat dikategorikan sebagai lelaki yang baik.Cuma setidak-tidaknya aku bukanlah lelaki yang jahat.Ha.macam mana agaknya tu.berbelit-belit.

diam.perlahan bernafas.

Aku tak pasti apa yang menarik minat aku bila melihat dia.Aku sendiri ragu-ragu dengan apa sebenarnya yang aku rasakan.Sebab itu cara yang terbaik,biarlah aku melihatnya dari jauh.Tiada siapa-siapa yang terseksa.Ye,mungkin apa yang aku lakukan boleh jadi menjengkelkan.Tapi aku tahu bagaimana untuk menduga tahap kejengkelan itu.

senyumannya,lirikan matanya.Ah,bisa gugur kening aku yang separa tebal ni.Tuhan ciptakan perempuan itu dengan ciri-ciri sensual yang mampu menarik perhatian lelaki.Dan aku yakin,mungkin aku tertarik dengan kriteria tertentu yang terdapat padanya.Untuk mendekatinya secara terang-terangan bukanlah aku tidak berani,aku cuma.hmm...

Bagaimana mahu menjelaskannya dengan kata-kata?.

Baik,aku cuma tidak mahu nanti aku membuatkan dia rasa tidak selesa,atau mungkin rasa diperhatikan rakan-rakannya.Itu saja.Jika diikutkan hati,hendak saja aku datang terus kepadanya dengan rasa seolah-olah aku sudah lama kenal dia.Tapi aku masih ada rasa hormat dan malu.Bukankah itu lebih baik?

*senyum

Ye,aku mudah tertarik pada gadis yang pandai berbahasa Inggeris,Dan aku rasa gadis seperti itu seksi.Seksi itu subjektif bukan? Tidak perlu dipandang pada pakaian sahaja.Luas pengertiannya.

Maaf sekiranya ada membuat rasa jengkel.Aku ini cuma manusia biasa.Tidak mampu selalu menghibur orang.

*diam

Aku tak pasti entah bila lagi akan berjumpa dengan dia.Walaupun aku berharap yang kali ini,semuanya akan berakhir dengan baik.Terima kasih Tuhan,walaupun mungkin perkenalan ini singkat,sekurang-kurangnya aku dapat rasa sesuatu yang sukar aku terangkan.

Dan kepada kamu, teruskanlah perjuangan.Apa yang dicitakan itu,,semoga menjadi impian.Menjadi seorang anak dan pelajar itu tanggungjawab yang besar.Jarak mungkin memisahkan persahabatan ini di kemudia hari.Namun masa dan saat-saat yang dilalui itu tetap akan sentiasa berlegar dalam ingatan.

Selamat Menduduki peperiksaan akhir.:)

p/s : Lifehouse

ikhlas,
S

Tuesday, April 19, 2011

Dapat

ruang utk dicharge.

menyala

kan.abaikan baldi.

jadi kira pakej dengan yang lain-lain

ok,macam mana pusingkan gambar.-.-'
Dalam entri Cari .aku ada beritahu yang aku tercari-cari kat mana aku boleh dapatkan barang tu.So,akhirnya terjawab.Perisa Marlboro.cuma,bagi aku.walau macam manapun.Rokok asli juga terbaik.

Berhenti? percubaan sangat banyak.Tapi,entahlah.bak kata pepatah rekaan.

"sayang awek tangan-tangankan,sayang isteri berhenti rokok" Ewah.ha masuk masuk.;)

Tapi sekurang-kurangnya.boleh jadi Johnny Depp  wannabe dlm The Tourist.A.K.A Johnny Deep


Elise: Invite me to dinner, Frank?
Frank Taylor: What?
Elise: [gives him a look]
Frank Taylor: Would you like to have dinner?
Elise: Women don't like questions.
Frank Taylor: Join me for dinner.
Elise: Too demanding.
Frank Taylor: Join me for dinner?
Elise: Another question.
Frank Taylor: [thinks for a moment] I'm having dinner, if you'd care to join me.
Elise: [smiles at him]

Maroon 5

29 April.Stadium Putra Bukit Jalil


Dianggotai oleh Adam Levine selaku vokalis.Aku tidak-lah akan pergi menonton konsert dorang ni.Sekadar berkongsi.Satu perkara tentang Maroon 5,video klip tak pernah tak panas.

Tapi lagu memang boleh 'masuk'.

"Tap on my window,knock on my door.I wanna make u feel beautiful" .

Eh ternyanyi pulaks.*sengih

Monday, April 18, 2011

Random

egg

white lady.

thanks for treat us.

serikin

Atmosphere 
The more u know someone.The more likely you are to develop an emotional attachment to that person.

Friday, April 15, 2011

Last


I'm not scared of never meeting you. I'm scared of having met you, and let you go.

TGIF

Wednesday, April 6, 2011

sebulan

tinggal rasanya tidak sampai sebulan aku disini.

Kenangan.Banyak sangat.Mungkin nanti aku akan rindukan apa yang pernah aku lalui disini.Apa yang aku rasakan.

*senyum.


Asas

Mula balik dari basic.

Mungkin otak aku lebih cergas pada sebelah kanan,berbanding kiri.

Makin lama,makin minat pula.Maklumlah,bila semakin faham.mudahlah kerjanya ye dak.

Monday, April 4, 2011

relaxing







Tell the devil I say hey when you get back from to where you from - Bruno

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...