Jadi,aku lalui kehidupan sebagai pelajar seperti biasa disini.Dari awal pagi,hinggalah ke malam di fakulti.Lepas satu satu kuliah dihadiri.Aku berkawan,dari sebaik-baik kawan,hinggalah kepada kawan yang kelihatan baik.Namun,hati letak kat kaki.Sungguh,aku rasa seolah-olah mahu bunuh sahaja manusia macam itu.Dihadapan kelihatan mulia,dibelakang.Ah *&^%?
*tarik nafas.diam
Tapi aku mulai faham sikap 'kawan' yang seperti itu dengan muhasabah diri aku sendiri.Perlahan-lahan aku mampu untuk adapt dengan kawan macam itu.Cara terbaik,aku elakkan berkongsi hal-hal peribadi dengan manusia macam itu.Jahat-jahat manusia,makan pun tahu bayar, dik .
Dan seperti biasalah,student mana yang tidak pernah alami tekanan.Bersiar-siar,jogging,bersukan,bowling,kayak dan tidur terutamanya(hehe..)baik untuk mengurangkan tekanan berfikir.Sebenarnya,bila difikirkan semula tekanan itu datang daripada diri sendiri.Bila orang macam aku yang punyai habit study last minute.Tekanan akan semakin dirasai hanya bila menjelang peperiksaan.
Dipendekkan cerita,pejam celik hampir 4 tahun sudah berlalu.Aku sangat hargai setiap saat,minit,jam,hari,minggu,bulan dalam 4 tahun ini.Walaupun ada pahitnya aku anggap itu cuma asam garam kehidupan kampus.Aku telan.Tak apelah.Terima kasih.
Terima kasih.