Saturday, June 4, 2011

Dah kerja?

Soalan yang sangat common bila saja seseorang tu abis belajar.Aku dah lali dengar.Kadang-kadang nak saja aku panjat bukit broga yang dikatakan famous tu lalu menjerit " Eh,reti sabar tak!" .volume dinaikkan ke aras tertinggi.

Esok cukuplah sebulan aku bergoyang kaki dirumah setelah pulang.Baru sebulan,soalan-soalan tajam tentang samada aku dah berkerja ke belum seolah-olah aku dah abis belajar 6 bulan yang lalu.Tapi aku faham,mereka yang bertanyakan ini samada prihatin ataupun lebih kepada tiada contoh-contoh soalan yang terbaik dalam perbualan.Common question omputeh cakap.

Aku tak memilih kerja.Cuma aku mahukan kerja yang terbaik.Tidak salah bukan.Walaupun mungkin belum tentu aku dapat kerja yang terbaik,tapi sekurang-kurangnya aku berusaha ke arah itu.Aku juga mahukan kerja yang aku ada passion dalamnya.Yang boleh buat aku bekerja hingga tak sedar jam sudah pukul 5 petang.Kerja yang boleh buat aku bangun pagi,tersenyum bersiap-siap lalu bergegas ke tempat kerja.Aku tak nak kerja yang nanti tiap kali aku bangun pagi,aku rasa hati tidak sedap kerana bebanan kerja yang entah bila mahu disiapkan.Lebih-lebih lagi bila ia melibatkan politik pejabat.

Sebulan yang dilalui ini aku tidak sia-siakan saja.Syarikat-syarikat korporat banyak aku apply.Dan sekarang.biarlah aku tunggu sedikit masa lagi.

Kalau takde,aku nak kerja part-time.Jadi pengapit untuk majlis perkahwinan rakan-rakan yang lain.LOL.

*edit

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...