Thursday, March 3, 2011

MLM

Sorry,aku memang pangkah MLM

Pernah berlaku dulu,aku tinggal menyewa di KL.Sebagai pelajar.Menjadi seorang pelajar tidak langsung membataskan aku untuk keluar bergaul,malah lebih menggalakkan.jadi sejak berjaya,saya dah pakai porsche.

Satu hari,aku diberitahu rakan serumah tentang wujudnya satu "bisnes" yang mana hanya perlu keluar modal,then akan balik modal berjuta-juta.ok tak,tipu.Tapi kira pulangan lumayan.Ah,siapa taknak dengan modal sikit,wang anda akan berganda GANDA GANDA! Apa?.

Sebagai seorang melayu tipikal,jadi amatlah mudah untuk tertarik dengan tawaran sedemikian.Rakan serumah yang lain pakat setuju.Tapi kami ada satu pemikiran dimana,dengar sahaja dulu.Untung nasib makan free!.Student,bab makan sedikit berkira.bab berjoli? tepuk dahi.

Jadi malam itu,kami ke satu restoran mamak.Ye,majulah mamak untuk perniagaan warung-warung atau restoran di Malaysia.Kedai yang menawarkan khidmat terbaik langganan dan teknik pesanan yang memukau.Ok off topic.

Perbincangan kami bermula.Aku rasa dalam dua atau tiga meja dibuka,disambung-sambung.Ramai dok.Budak rumah aku saja mahu dekat lapan orang.Kitorang lepak.order minum.Datang satu brader,bagi salam.Muka ceria.Perbincangan MLM memang mudah di tempat makan,dan diwaktu mlm.ye mlm = MLM.sama.Borak dan borak,brader ini berbual memang hebat.Bicara dia adakalanya tegas,berunsur nasihat,bercerita tentang kemajuan bangsa dan negara,Sampailah satu tahap.

"Sampai bila adik-adik/korang nak mak bapak tanggung?"

Ok,aku sentap.Dalam hati,Jahanamlah sampai bila.Mak bapak kitorang,tahulah diorang.

Tiba tiba...

Handphone brader ni berbunyi. "kring kring *sila masukkan bunyi ringtone lagu-lagu menarik

Dia borak tak sampai 20 saat,dia letak handphone atas meja.Pap.Tu dia,memang canggih handphone brader tu.Tapi canggih zaman tu lah.haha.Aku dan rakan-rakan memandang satu sama lain.Diam

Dia sambung bicara lagi.Pung pang pung pang.bla bla bla.Testimoni dikeluarkan.Gambar-gambar ahli yang dah berjaya dan salinan resit duit yang dapat.Modal RM2K,pulang modal berbelas-belas ribu.

"PEH..."

Kitorang diam.Biar lagi dia bicara.Brader ni cuba memahamkan kitorang aliran duit dan bagaimana ia berkembang,secara logik.Gambar dilukis.lakar sana,lakar sini.

Lama sikit.Brader ni tiba-tiba campak sekepuk duit atas meja.What the.Keping keping RM50,aku tak pasti berapa jumlahnya,tapi yang pasti beribu lah kot.Makin galak dan hebat bicara brader sorang ni.Dia tunjuk kad pelajar pada aku dan kawan-kawan.Lagi KAGUM LAH!.

"Abang masih belajar...bla bla." kata brader ini meyakinkan.

Lama sikit lagi.Brader ni campak kunci BMW.Bapak ah.Kaya juga brader ni.Getus hati aku.Dan banyak lagi kata-kata manis dilontarkan tentang pelaburan itu.Tapi serius,lupa nak tanya,sah ke dari segi agama?.Ah,bila mata dah nampak duit.Halal atau haram,biasanya manusia ini campak tepi.Malam itu,agak lewat kitorang pulang kerumah.Balik terus gelak.Tapi yang pasti.

Semua makan-minum malam itu ditanggung beres.Namapun pelaburan,betul tak brader? HAHA.

Pengajarannya,bila kau didekati oleh orang yang berminat kononnya untuk ajak buat pelaburan,sertai kumpulan yang beli lot-lot bagai,hati hati.Jangan jadi buta hati.Sebab ada kes kenalan aku sendiri.Bila kawan yang promote satu jenis MLM.invest dalam RM10K dan kemudian MLM ni lari.Persahabatan itu habis dan duit bayar tetap bayar.

Duit boleh dicari,nilai persahabatan ingat ada ganti?.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...