Thursday, April 28, 2011

Ubat

pelbagai

Lebih kurang 3 hari sudah aku demam.Bermula dari hidung berlari(running nose),hinggalah tahap demam menggigil,kepala sakit-sakit dan badan rasa lemah(sesekali orang bujang demam,kritikal juga).Tapi aku tidak menolak untuk menyertai apa-apa aktiviti "outing" bersama rakan-rakan sefakulti.Tinggal beberapa hari saja disini.Aku mahu nikmati apa saja yang terbaik disini.Dan semalam,aktiviti majlis perpisahan rakan sefakulti diadakan dirumah salah seorang rakan disini.

Segalanya berjalan dengan baik.Walaupun aku agak tidak selesa dengan tahap kesihatan diri,tapi aku gagahkan saja diri membantu persiapan majlis tersebut.Bukan selalu dapat berkumpul.Aku masih mampu tersenyum dan membuat rakan-rakan lain tersenyum walaupun hakikatnya sakit yang dialami amatlah sangat.

Jangan dijadikan alasan jika sakit untuk bersifat moody dan marah tidak tentu pasal.Itu hanya nanti akan mengguris perasaan rakan-rakan kamu,mengerti? Ok,tamat nasihat ringkas.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...