Thursday, April 21, 2011
Well
Dalam hidup ini,tak semua perkara akan berkekalan.Pasti akan ada berakhir.Tapi bila perkara yang bermula itu menggembirakan,kita adakalanya sukar untuk menerima hakikat bahawa,ia sedang.beransur perlahan-lahan berlalu ataupun sudah berakhir
Mengenali seseorang yang baru antara contohnya.Aku akui,aku bukanlah lelaki yang dapat dikategorikan sebagai lelaki yang baik.Cuma setidak-tidaknya aku bukanlah lelaki yang jahat.Ha.macam mana agaknya tu.berbelit-belit.
diam.perlahan bernafas.
Aku tak pasti apa yang menarik minat aku bila melihat dia.Aku sendiri ragu-ragu dengan apa sebenarnya yang aku rasakan.Sebab itu cara yang terbaik,biarlah aku melihatnya dari jauh.Tiada siapa-siapa yang terseksa.Ye,mungkin apa yang aku lakukan boleh jadi menjengkelkan.Tapi aku tahu bagaimana untuk menduga tahap kejengkelan itu.
senyumannya,lirikan matanya.Ah,bisa gugur kening aku yang separa tebal ni.Tuhan ciptakan perempuan itu dengan ciri-ciri sensual yang mampu menarik perhatian lelaki.Dan aku yakin,mungkin aku tertarik dengan kriteria tertentu yang terdapat padanya.Untuk mendekatinya secara terang-terangan bukanlah aku tidak berani,aku cuma.hmm...
Bagaimana mahu menjelaskannya dengan kata-kata?.
Baik,aku cuma tidak mahu nanti aku membuatkan dia rasa tidak selesa,atau mungkin rasa diperhatikan rakan-rakannya.Itu saja.Jika diikutkan hati,hendak saja aku datang terus kepadanya dengan rasa seolah-olah aku sudah lama kenal dia.Tapi aku masih ada rasa hormat dan malu.Bukankah itu lebih baik?
*senyum
Ye,aku mudah tertarik pada gadis yang pandai berbahasa Inggeris,Dan aku rasa gadis seperti itu seksi.Seksi itu subjektif bukan? Tidak perlu dipandang pada pakaian sahaja.Luas pengertiannya.
Maaf sekiranya ada membuat rasa jengkel.Aku ini cuma manusia biasa.Tidak mampu selalu menghibur orang.
*diam
Aku tak pasti entah bila lagi akan berjumpa dengan dia.Walaupun aku berharap yang kali ini,semuanya akan berakhir dengan baik.Terima kasih Tuhan,walaupun mungkin perkenalan ini singkat,sekurang-kurangnya aku dapat rasa sesuatu yang sukar aku terangkan.
Dan kepada kamu, teruskanlah perjuangan.Apa yang dicitakan itu,,semoga menjadi impian.Menjadi seorang anak dan pelajar itu tanggungjawab yang besar.Jarak mungkin memisahkan persahabatan ini di kemudia hari.Namun masa dan saat-saat yang dilalui itu tetap akan sentiasa berlegar dalam ingatan.
Selamat Menduduki peperiksaan akhir.:)
p/s : Lifehouse
ikhlas,
S