Wednesday, February 16, 2011

A'eh

A'eh.Ada ke patut?

3 jenis makanan yang kerap menjengah fikiran aku.

Yang PERTAMA.ROTI CANAI.

Roti Canai yang enak hanya akan didapati di kedai kedai yang tidak berhawa dingin,servis yang cepat,layanan mesra tip to the top dimana bila pesanan diminta berulang-ulang kali,riak wajah sang penerima pesanan langsng tidak menonjolkan rasa ingin dibaling dengan selipar,kasut mahupun capal.

Betul,bukan mudah menjadi pelayan.Berat juga kerjaya mereka-mereka ini.Oh,yang dimaksudkan roti canai di tempat berhawa dingin contohnya di bawah.


pernah tunggu 2 keping roti canai 30 minit? Aku pernah.sjkdfhg betul
 Yang KEDUA.OTAK KAU(ai,main kasar).eh silap OTAK OTAK.

Walaupun ada sesetengah orang berfikir yang tidak berbaloi makan double O ini berbanding dengan satay memandangkan harga yang hampir sama,aku tetap berpendapat ia berbaloi.Sekali sekala lah.Tukar selera ape.Yang lebih enak,bila dimakan bersama rakan-rakan karib.Rakan-rakan yang tak pernah buat kau rasa kecewa.Ada bila kau memerlukan.Happy, Bro.
ini Otak-otak,omputeh panggil brain-brain(;p)
YANG KETIGA,TEH TARIK(bukan minuman ke ni?).Aha.aku shortlist kan juga sebagai makanan kerana ia pendamping untuk apa-apa jenis juadah kenduri kendara.
Teh Tarik kau!
Fuh.terliur rasanya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...