Friday, February 18, 2011

Minat

Bagi segelintir orang,artis Malaysia mungkin bukan dalam senarai minat mereka.Tapi bagi aku,dah alang-alang dilahirkan sebagai Malaysian,tak salah aku meminati kedua-dua jenis artis.Aku cuma boleh katakan,vokal FT ni serius bagus.Ok,ini cuma pendapat peribadi.Opinion is just opinion,

Aku baru terjaga daripada lena.Tidur awal aku hari ini.Aku bermimpi peristiwa yang aneh.

Sebut pasal minat ini,terlalu luas.Mungkin kau meminati artis,pelakon,rakan sebaya dan boleh juga dignakan bila kau meminati Onitsuka,bundle,barangan pemotoran dsb.Semua ini tercetus dengan sendirinya.Tapi minat tak semestinya boleh buat kau rasa terlalu ingin memiliki.Sebab kita sendiri yang kawal tahap minat itu.

Adakalanya,minat yang salah hanya akan menyebabkan kau rasa down.Contoh kalau kau minat sesuatu yang mahal namun kau rasa tidak berkemampuan memandangkan kau masih disara ibu bapa dan PIBG.
Kau rasa down,dan mula bertindak agresif.Mula mencari jalan untuk mendapatkannya.Samada cara baik ataupun cara yang salah.

Dan

Niat itu penting.Adakalanya perkara yang kau inginkan sangat itu kau takkan dapat.Adakalanya ia menjadi sangat mudah.Indah kan perasaan itu.Merasa seronok,terkilan,.Tuhan ciptakan manusia dengan perasaan,nafsu.Jadi bergantung pada diri sendiri bagaimana mahu mengawalnya.

Ah aku merepek pagi ini.*Dah azan

Cara aku,bila perkara yang aku minat dan aku tak mampu untuk dapatkan contohnya Konsert Iron Maiden di Singapura hari itu,Aku cuma mungkin akan minat dari jauh.Ye,dari jauh.No harm.

img credit jie

Tidur baliklah lepas subuh ni.Biar dapat tidur yang sempurna

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...