Sunday, February 20, 2011

Hati

Hati sering dikaitkan dengan cinta.kenapa? Kenapa bukan organ badan yang lain.

Aku tiada jawapannya.

Aku cuma nak ulas sikitlah perkara yang biasanya ramai orang suka untuk bincangkan ini.Oh,siapa yang tidak pernah merasa sayang,bukan? melainkan kau baru usia sekolah rendah,jangan nak memandai!

Cara terbaik untuk lihat respon kawan-kawan,cuba postkan tentang isu hati.quotes.atau kata-kata pujaan Malaya pujangga.Aku yakin 120%,pasti ada respon.Lalu mereka akan beri pendapat masing-masing.Hebat.
Hebat anak muda sekarang.Terdedah dengan isu semasa.cuba kau post isu politik,aku yakin juga ah yakin aje lu brader, pasti akan ada yang beri respon.

"Tak perlu ambil tahulah"
"Biarlah diorang,cakap lebih kena ISA doh"
"Oh tidak tidak,kau tanya tentang muzik aku layan"

Adakah hidup ini hanya untuk kita-kita aje.Hidup hanya perlu dibuai perasaan hati,cinta,leb leb

Oh,kamon,masa depan generasi akan datang letaknya pada generasi kini.Ye,aku kau mereka semua.Mungkin ada perkataan "TANGGUNGJAWAB" atau "MASA DEPAN" pada setiap bahu anak anak muda sekarang.

Ok,aku cuma beri pendapat.Yang lain terpulang.Masing-masing.

Berbalik pada cerita hati tadi.Apa yang aku perhatikan dan berdasarkan pembacaan.Lelaki sifatnya lebih tersirat berbanding wanita.Tersirat yang dimaksudkan bila perkara melibatkan sehari-harian.yang masih kaitannya dengan hati.

Kalau wanita,mudah untuk ekspresikan sayang pada rakan-rakan wanita.Lelaki pula jangan harap.Paling lembut pun akan berbunyi.

"Peh,bro.lu dah tolong gua.Terharu.Ini yang gua sayang sama lu"

dan akan dibalas.

"Ah geli la sial,bersayang-sayang.gaya ke ape"

Tapi dalam hati,mereka bergelar lelaki dan kawan-kawan ini akan faham.Cuma ego itu saja.Ye,lelaki egonya memang lebih tinggi dari wanita.Aku tak nafikan,tapi ego ini yang buat lelaki itu lain dari wanita.Kalau kau jumpa lelaki yang egonya rendah,kebarangkalian lelaki itu bukan lelaki keras.Ah faham sendiri,okey? :)

Lelaki juga tersirat dalam mengekspresikan rasa sayangnya kepada orang-orang yang dia sayang.Mungkin dengan ibu bapa,adik beradik,dan paling biasa.teman istimewa atau isteri.Akan ada waktu waktu yang dia rasa,dia akan luahkan rasa sayang dengan perkataan.Selain itu,lebih kepada perbuatan.Sebab itu kadang-kadang wanita itu dia takkan perasan.Dia anggap biasa dengan apa yang lelaki itu buat.

Bila lelaki itu diam,tidak membalas mesej,tidak angkat call dia akan anggap lelaki itu tidak concern dengan dia
Bila lelaki itu marah,dia akan rasa dia dibenci olehnya lalu mencari perhatian dengan lelaki lain

Sebab hati itu,hati itu tidak cuba untuk memahami.Aku nak tanya,ada ibu-ibu kamu kerap telefon/mesej bapa korang bila dia lewat pulang? Tekankan perkataan KERAP itu. Aku pasti jawapannya tidak.Betul,ada perkara dalam hidup ini kita boleh kaitkan dengan apa yang berlaku pada sekeliling kita.Fahami dan tangani dengan betul.

Ditutup kerana kehadiran buaya.Oh Yeah
Macam gambar diatas ini.sinis bai.sinis.HAHA.seolah-olah kau datang,dan tempat itu ditutup.Sebenarnya,memang ada buaya pun sekitar kawasan itu.

Pendek kata.

Lelaki akan tunjukkan rasa prihatin,sayang lebih kepada perlakuan.Tak semua,tapi mungkin kebanyakan.Aku guna 'mungkin' sebab ia belum pasti tepat.Tapi dari pemerhatian aku.itu lah dia.Dan sebagai perempuan,ada sesetengah perkara kamu kena faham dan..

credit zackzukhairi

Percaya.
;)

:: kalau sayang itu simbolnya love<3,bagaimana pula dengan benci?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...